Keutamaan Bulan Zulhijjah
1) Bulan Yang Tidak Memilik Kekurangan
Dari Abi Bakrah R.A. Nabi SAW bersabda: "Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan, adalah bulan Ramadhan dan Zul Hijjah." (Muttafaq `alaihi).
1) Bulan Yang Tidak Memilik Kekurangan
Dari Abi Bakrah R.A. Nabi SAW bersabda: "Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan, adalah bulan Ramadhan dan Zul Hijjah." (Muttafaq `alaihi).
2) 10 Hari Di Mana Amalan Lebih Mulia Daripada Jihad
Dari Ibnu `Abbas R.A. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda : "Tidak ada hari-hari untuk beramal soleh di dalamnya yang lebih dicintai oleh Allah melebihi daripada hari-hari ini." (iaitu sepuluh hari) Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tidak pula jihad fisabilillah?". Rasulullah SAW menjawab, "Tidak pula jihad fisabilillah melainkan seorang lelaki yang keluar jiwa dan hartanya (untuk berperang), dan dia tidak kembali membawa sesuatu apapun." (HR al-Bukhari). Penerangan: Maksudnya sepuluh hari pada awal bulan Zul Hijjah.
3) Bulan yang di dalamnya terdapat hari Arafah (9 Zulhijjah) yang apabila berpuasa pada hari tersebut, nescaya dosanya sebelumnya dan sesudahnya diampuni oleh Allah
Dari Abi Qatadah R.A., Rasulullah SAW bersabda: "Puasa Arafah, saya mengharapkan kepada Allah agar mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya…" (HR Muslim)
4) Mempunyai hari paling ramai hamba dibebaskan daripada api neraka
Dari `A`isyah R.A. beliau berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Tidak ada hari yang lebih ramai Allah membebaskan hamba dari neraka selain pada hari `Arafah." (HR Muslim).
5) Hari Haji Yang Besar [Haji Akbar]
Dari `Abdullah bin `Umar R.A., bahawa Rasulullah SAW berwukuf pada hari an-Nahar (hari penyembelihan / 'idul adhha) di antara tempat melempar jumrah (batu kerikil) pada saat baginda SAW sedang berhaji, kemudian baginda saw berkata : "Hari apa sekarang?" Para sahabat menjawab, "hari an-Nahar". Lantas Nabi bersabda: "Hari ini adalah hari haji besar." (HR al-Bukhari).
Amalan-amalan Sunat Di Bulan Zul Hijjah
1) Berpuasa sunnah pada 9 Zul Hijjah
"Adalah Rasulullah SAW berpuasa pada 9 Zulhijjah, hari `Asyura`, tiga hari pada setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis." (HR Abu Dawud dan an-Nasa`i, di nilai Sahih oleh Shaikh al-Albani).
3) Menyembelih Korban
"Maka solatlah untuk Rabb-mu dan berkorbanlah. " (QS al- Kautsar : 2)
"Barangsiapa yang memiliki kelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban, maka janganlah dia sekali-kali mendekati tempat solat kami." (Shahih Ibnu Majah (no. 2532).
4) Solat Eid di pagi 10 Zulhijjah
Dari Abi Sa'id al-Khudri R.A. beliau berkata: Rasulullah SAW keluar pada hari Adhha atau Fitri ke musolla (tanah lapang)" (HR al-Bukhari).
6) Bertakbir pada hari Tasyri' (10, 11, 12, 13 Zulhijjah)
Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn Mas'ud r.a. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :
Maksudnya: ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, tidak ada tuhan melainkan ALLAH dan ALLAH Yang Maha Besar, ALLAH Yang Maha Besar dan bagi ALLAH segala puji-pujian."
Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, dimana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali.
7) Mereka yang mahu melakukan korban, sunat tidak memotong kuku dan bulu di tubuh sendiri dari awal bulan Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah.
Diriwayatkan dari Ummu Salamah R.A. dari Nabi SAW baginda bersabda. "Ertinya : Apabila sepuluh hari pertama (Zulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berkorban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun" (HR Muslim).
http://intisonline. wordpress. com/2009/ 11/15/pesta- 10-hari-awal- zulhijjah/
No comments:
Post a Comment