Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU












Jika Hari Ini Seorang Perdana Menteri Berkuasa

Jika Hari Ini Seorang Raja Menaiki Takhta

Jika Hari Ini Seorang Presiden Sebuah Negara

Jika Hari Ini Seorang Ulama' Yang Mulia

Jika Hari Ini Seorang Peguam Menang Bicara

Jika Hari Ini Seorang Penulis Terkemuka

Jika Hari Ini Siapa Sahaja Menjadi Dewasa

Sejarahnya Dimulakan Oleh Seorang Guru Biasa

Dengan Lembut Sabarnya Mengajar Tulis Baca


Di Mana-mana Dia Berdiri Di Muka Muridnya

Di Sebuah sekolah Mewah Di Ibu Kota

Di Bangunan Tua Sekolah Hulu Terengganu

Dia Adalah Guru Mewakili Seribu Buku

Semakin Terpencil Duduknya Di Ceruk Desa

Semakin Bererti Tugasnya Kepada Negara

Jadi Apapun Pada Akhir Kehidupanmu Guruku

Budi Yang Diapungkan Didulangi Ilmu

Panggilan Keramat "CIKGU" Kekal Terpahat

Menjadi kenangan Ke Akhir Hayat



Usman Awang

1979

No comments:

Post a Comment