Showing posts with label WISH. Show all posts
Showing posts with label WISH. Show all posts

Friday, July 26, 2013

HAPPY BIRTHDAY

SELAMAT HARI LAHIR diucapkan kepada PENGURUS AKAUN DAN HAL EHWAL KEWANGAN, TRI ANGLE VISION, EN. MOHD RAMDHAN BIN MOHD ABDUL HALIM. Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan. INSYA-ALLAH!

Ikhlas dari,
Pihak Pengurusan
TRI ANGLE VISION

Saturday, December 22, 2012

Happy Birthday!!!



SELAMAT HARI LAHIR diucapkan kepada Fasilitator TRI ANGLE VISION, ENCIK REZZA BURHANUDIN. Semoga apa yang diimpikan menjadikan kenyataan. INSYA-ALLAH!



Ikhlas dari,
Pihak Pengurusan
TRI ANGLE VISION

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN




Kami warga Tri Angle Vision Learning Centre mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terbaik dalam seumur hidup kita, insya-ALLAH. Mudah-mudahan ALLAH memberi pengampunan-NYA kepada kita semua dan mempermudahkan urusan ibadah kita.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud "Ramadhan tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada tiga golongan: -

1. Anak yang tidak meminta keampunan dari ibu bapanya;

2. Suami isteri yang tidak saling bermaaf-maafan; dan

3. Orang Islam yang tidak bermaaf-maafan sesama mereka"


Dari itu, kami semua di TAVLC memohon jutaan kemaafan dari semua. sama ada yang disengajakan mahu pun tidak, sama ada yang terselindung apatah lagi yang zahir. Maafkan segala kekurangan dan kekhilafan kami sebagai hamba ALLAH yang tidak pernah sempurna.

Friday, May 7, 2010

TAHNIAH


Pihak pengurusan Tri Angle Vision Learning Centre (TAVLC) mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Saudari Fairuz binti Bakar (Kak Yuz) kerana kejayaan beliau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang Bahasa Arab di Mesir.


Kak Yuz merupakan fasilitator TAVLC yang sangat cemerlang dalam hasil kerjanya. Dedikasi yang beliau curahkan dalam setiap program anjuran TAVLC tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui betapa besarnya sumbangan yang beliau curahkan dalam usaha mendidik dan membimbing anak bangsa.


Semoga perjalanan beliau dalam menuntut ilmu ALLAH dipermudahkan, insyaALLAH. Kami di TAVLC akan sentiasa mengingati dan mendoakan yang terbaik buat Kak Yuz.

Saturday, March 27, 2010

SALAM TAKZIAH

Assalamualaikum...

Pihak pengurusan dan kesemua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dengan Tri Angle Vision Learning Centre (TAVLC), mengucapkan Salam Takziah buat Saudara Munir (duduk tengah di dalam gambar di atas), di atas pemergian nenda tercinta pada tengah hari tadi.

Moga ALLAH mencucuri rahmat dan ampunan-NYA ke atas roh allahyarhamah dan menempatkan beliau di kalangan hamba-hamba-NYA yang beriman dan menjadikannya kekasih-NYA yang dicintai.

Saudara Munir merupakan fasilitator TAVLC yang sangat berdedikasi. Salam takziah buat Saudara Munir sekeluarga.

Al-Fatihah.


Friday, January 1, 2010

SALAM 2010

Selamat menyambut tahun baru 2010. Semoga tahun ini akan terus membawa sinar kecemerlangan dalam segenap bidang yang diceburi. Kejar cita-cita, dan impian serlahkan usaha yang jitu disamping keazaman yang tinggi. Jangan lupa tawakal dan doa. Kejayaan, kecemerlangan pasti tercapai.

"Ya Allah berkatilah usaha yang aku lakukan, iringilah dengan rahmat dan taufikmu. Kurniakanlah kejayaan dalam segenap bidang yang kuceburi. Amin "



"KASIH DIRAYU SAYANG DIPADU"


Ikhlas dari,
Pihak Pengurusan
TRI ANGLE VISION

Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Diucapkan selamat menyambut Aidil Adha kepada semua terutama fasilitator-fasilitator TAV, adik-adik, ibu-ibu dan ayah-ayah yg telah menjadi sebahagian dari keluarga TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE.

Semoga kita dapat terus meneladani dan menghidupkan roh amalan korban dalam hayat kita sepertimana yang telah dijiwai oleh Nabi Ibrahim a.s. serta anaknya Nabi Ismail a.s... Amin.



Bagi adik-adik yang sedang menghadapi SPM, teruskan perjuangan... berkorban demi kebanggaan ibu dan ayah....





Ikhlas,

Pihak Pengurusan

TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE