Friday, January 29, 2010

PERJALANAN UNTUK SOLAT SUBUH




Di satu subuh yang hening, seorang pemuda bangun pagi-pagi buta untuk solat Subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. Di tengah jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan kembali berjalan menuju masjid.

Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Sekali lagi, dia bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.

Di tengah jalan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, lelaki itu tidak menyatakan identitinya sebaliknya menjawab: "Saya melihat kamu jatuh dua kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu".

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid dengan diterangi lampu yang dibawa oleh lelaki tadi. Sampai di masjid, pemuda pertama mengajak lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat Subuh bersamanya. Lelaki itu menolak. Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali dan lagi, namun jawapannya masih sama.

Pemuda bertanya, "Kenapa kamu menolak untuk masuk dan solat?”

Lelaki itu menjawab "Aku adalah IBLIS (syaitan)".

Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan, "Aku melihat kamu berjalan ke masjid, dan akulah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, ALLAH mengampunkan semua dosa-dosamu. Aku membuatmu jatuh kedua kalinya dan bahkan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid. Kerana hal itu, ALLAH mengampunkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu. Aku KHUATIR jika aku membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan ALLAH akan mengampunkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi aku harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dengan selamat".

Jadi saudara-saudaraku, jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap perancangannya. Untuk itu kita tidak seharusnya mudah merasa sebal dan mengalah atas segala rintangan dan ranjau dalam perjalanan menuju kebaikkan.

Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan, kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut.

8 comments:

  1. Masya Allah.... Sangat tersentuh dgn coretan kalian. Selama ini, akak selalu bermalas-malasan untuk bangun subuh.... kalo boleh selewat mungkin baru bangun untuk bersolat.
    Thanks to my best fren yg rekomen kan blog ni....
    Ada program untuk anak-anak ye? How can i regist for my children?


    Puan Ardana
    019-2313610

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.... terima kasih abg ramdhan...atas coretan yg sungguh bermakna ini...semoga Allah sentiasa mrahmati kita semua..amin... =') coretan ini telah menyuntik smangat lyn kembali..syukran jazilan..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Bagus la citer ni... teringat masa saya kat Scamp.
    Abg n Kakak suka bercerita... rindu sgt saat tu tapi masa tu saya demam teruk, byk yg leh join. Thanx tu abg Ramdhan yg susah payah jaga saya dgn grup saya yg teramat nakal. Sayang abg sgt2.


    Adikmu,
    Ajib

    ReplyDelete
  4. Best nya story ni...
    Teringat bagun pagi2 kt camp, sejuk nak mati, sib baek fasi xkasi mandi! heheheh
    Mmg experience yg amat berharga. masa tu darjah 5 kowt... dh lama tu...


    Acap

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, kami di TAV LC sangat bersyukur seandainya apa yang tercoret di sini dapat memberi kesan di hati kita semua...

    Kami hanyalah lidah untuk menyampaikan kebaikkan agama ALLAH s.w.t. Sesungguhnya yang baik itu sudah tentunya dari ALLAH Tuhan penguasa seluruh alam, dan yang lemah dan segala kekurangan itu datang dari kami semata-mata kerana kelemahan kami sebagai manusia yang tidak pernah sempurna...

    Akhir kata terima kasih atas sokongan semua. Moga ALLAH s.w.t. melimpahkan rahmat dan keampunan-NYA kepada kita semua. InsyaALLAH

    ReplyDelete
  6. Best seyh citer ni...
    Harap2 senang bangkit subuh sok.
    he3
    Masa camp lu ingat lagi... ada sorg abg ni kejut subuh... semua satu bilik bgn tapi lepas abg tu blah... ktorg tidur blk. ha3
    paling lawak, abg ramdan yg jaga ktorg dtg simbah air. dia bengang kowt masa tu grup ktorg paling lmbt. ha3
    tapi mmg best r, walopon kena simbah, kami sayang abg2 semua. ha3
    rindu gler time tu.


    Esyad.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. ahaksssssssssssss..... alhamdulillah abg harap lps ni Esyad boleh bgn awal sebelum masuk subuh...

    masa kem abaglah (abg Y)yg bangunkan semua.... mmg menguji kesabaran abg... lps bangunkan semua adik-adik kesayangan abang, abg tunggu kat dewan solat tapi dekat setengah jam adik2 x sampai2...

    ahaksssssssssssss

    ReplyDelete