"SUMMER CAMP"
OBJEKTIF PROGRAM |
Program ini mempunyai objektif seperti berikut: -
|
PENGENDALI |
Tri Angle Vision Learning Center |
YURAN PENYERTAAN |
RM 230.00 seorang |
PENERAJU UTAMA |
1. Shazreen Morna binti Mohd Zainor (Kak Reen) - 014-236 8182 2. Mohd Ramdhan bin Mohd. Abd. Halim (Abg Ramdhan) - 013-676 9900 3. Awais Al-Qarni bin Omar (Abg Y) - 019-344 6403 Selain mereka bertiga, kekuatan program ini juga terletak sepenuhnya pada dedikasi abang-abang dan kakak-kakak fasilitator yang terlatih. |
JANGKAMASA PROGRAM |
3 hari 2 malam. |
TARIKH & TEMPAT |
Bakal ditentukan oleh penganjur dengan persetujuan pengendali. |
BAHASA PENGANTAR |
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. |
KANDUNGAN PROGRAM |
Program ini memberi penekanan yang menyeluruh kepada lima aspek manusia: -
Konsep kasih sayang dan kekeluargaan menjadi tunjang utama di dalam program ini. Para fasilitator akan sentiasa bersama-sama dengan para peserta menjalankan program. Setiap aktiviti akan dilakukan bersama termasuklah mandi, makan (di dalam dulang), tidur, solat dan lain-lain. Ini adalah bertujuan agar para peserta merasa selesa dan menganggap berada di kalangan keluarga sendiri, maka dengan itu mereka akan lebih selesa untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi. Selain itu, program ini juga amat berkait rapat dengan angka lima. Lima Yang Pertama Solat lima waktu. Di mana para peserta akan dididik menunaikan solat cara Rasulullah S.A.W. Sabda baginda "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat". Maka dengan itu, di dalam program ini pihak pengendali sedaya upaya menepati ketiga-tiga ciri solat Rasulullah S.A.W. : -
Lima Yang Kedua Prinsip Lima Cinta, iaitu Cinta Kepada
Lima Yang Ketiga Lima Budaya, iaitu: -
Lima Yang Keempat Praktik Lima Perkara. Di dalam program ini, setiap kali selepas solat fardhu, para peserta akan melakukan Praktik Lima Perkara bersama abang dan kakak fasilitator mereka. Praktik ini merangkumi lima perkara iaitu salam, cium tangan, dakap sebelah kanan dan kiri, cium dahi dan bisikkan kata-kata sayang. Tujuan Praktik ini dilakukan adalah supaya para peserta mampu melakukannya bersama ibu bapa mereka setelah tamatnya program. Abang dan kakak fasilitator hanyalah menjadi tempat untuk mereka berlatih. Perkara ini diberi penekanan yang amat mendalam dan serius kerana kami percaya kuasa sentuhan mampu memberikan kesan yang sangat mendalam dan magis. Lima Yang Kelima Lima Anugerah. Anugerah merupakan simbol meraikan kejayaan dan pencapaian seseorang individu. Ia juga bisa menjadi pemangkin dalam menaikkan semangat dan pemangkin dalam membangkitkan daya juang untuk terus berusaha dan meneruskan pencapaian serta meneruskan tradisi kecemerlangan. Maka dengan itu, di dalam program ini disediakan lima anugerah, iaitu: -
|
NATIJAH PROGRAM |
|
PENYERTAAN IBU BAPA |
Ibu bapa diwajibkan hadir menyertai program bersama anak-anak di waktu majlis pembukaan dan majlis penutup. Ini bertujuan agar ibu bapa tahu perkembangan program dan agar ianya dapat dipanjangkan di rumah usai program, bagi memastikan keberkesanan program ini berpanjangan. |
ATUCARA PROGRAM
HARI PERTAMA
8.00 am | ~ | PENDAFTARAN |
9.00 am | ~ | TAKLIMAT PROGRAM |
9.30 am | ~ | MOTIVASI DAN AMANAT (Ibubapa Diwajibkan Hadir) Sesi Menzahirkan Harapan Ibubapa Kepada Anak-Anak (Pertemuan empat bola mata) |
11.00 pm | ~ | MAJLIS SUAIKENAL & PENEMPATAN |
12.45 pm | ~ | MAKAN TENGAH HARI |
1.30 pm | ~ | SOLAT ZOHOR BERJEMAAH RENUNGAN ZOHOR "Kecemerlangan: Budaya Summer Camp" |
2.30 pm | ~ | PEMBENTANGAN I "Prinsip Lima Cinta" |
4.00 pm | ~ | MINUM PETANG |
4.30 pm | ~ | SOLAT ASAR BERJEMAAH RENUNGAN ASAR "Disiplin Pelajar Cemerlang" |
5.00 pm | ~ | AKTIVITI LASAK |
6.30 pm | ~ | MAKAN MALAM |
7.30 pm | ~ | SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH KULIAH MAGHRIB "Cinta Allah Dan Rasul" |
9.00 pm | ~ | AKTIVITI MALAM Night Line/Renungan Malam |
10.30 pm | ~ | MINUM MALAM |
HARI KEDUA
5.30 am | ~ | SOLAT SUBUH BERJEMAAH KULIAH SUBUH "Cinta Kepada Ibubapa" |
8.00 am | ~ | SARAPAN PAGI |
9.00 am | ~ | AKTIVITI LASAK |
12.00 pm | ~ | LATIHAN PERTANDINGAN PERSEMBAHAN |
1.00 pm | ~ | SOLAT ZOHOR BERJEMAAH |
2.00 pm | ~ | PERTANDINGAN PERSEMBAHAN |
4.30 pm | ~ | SOLAT ASAR BERJEMAAH MINUM PETANG |
5.00 pm | ~ | KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERSEMBAHAN |
5.30 pm | ~ | IN-DOOR GAMES |
7.00 pm | ~ | MAKAN MALAM |
7.30 pm | ~ | SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH KULIAH MAGHRIB "Cinta Kepada Ummah & Kecemerlangan" |
8.30 pm | ~ | SOLAT ISYA' BERJEMAAH |
9.00 pm | ~ | MINUM MALAM |
9.30 pm | ~ | SOLAT TAUBAT DAN HAJAT |
11.30 pm | ~ | ISTIREHAT |
HARI KETIGA
5.30 am | ~ | SOLAT SUBUH BERJEMAAH KULIAH SUBUH "Kini Aku Yang Baru!" |
7.30 am | ~ | GOTONG-ROYONG |
8.00 am | ~ | SARAPAN PAGI |
9.00 am | ~ | PENGISIAN BORANG AZAM |
10.00 am | ~ | MINUM PAGI |
10.30 pm | ~ | PENGISIAN BORANG AZAM (sambung) |
12.00 pm | ~ | AMANAT TERAKHIR |
1.00 pm | ~ | MAKAN TENGAH HARI |
1.30 pm | ~ | SOLAT ZOHOR BERJEMAAH |
2.30 pm | ~ | MAJLIS PENUTUP (Ibubapa diwajibkan hadir)
|
4.30 pm | ~ | BERSURAI |
No comments:
Post a Comment