Pada suatu hari seorang lelaki pergi ke salon untuk memotong rambut dan merapikan janggutnya.
Sebaik sahaja si tukang guntingmulai bekerja, mereka mulaberbual-bual.
Mereka berbicara tentang begitu banyak hal dan akhirnya menyentuh tentang Tuhan, tukang cukur itu berkata: "Saya tidak percaya bahawa ALLAH ada."
"Kenapa kamu berkata begitu?" tanya pelanggan.
"Kamu hanya perlu pergi keluar di jalan untuk menyedari bahawa ALLAH tidak ada.
Katakan padaku, jika ALLAH itu ada, tidak akan begitu banyak orang sakit? Apakah ada orang tua yang ditinggalkan anak-anak? Jika ALLAH ada, tidak akan ada sakit ataupun kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan ALLAH yang penuh dengan cinta akan membiarkan semua hal ini".
Pelanggan berfikir sejenak, tapi tidak memberi sebarang respon kerana dia tidak mahu memulakan sebuah hujah tanpa sebarang bukti.
Tukang gunting menyelesaikan pekerjaannya dan pelanggan meninggalkan kedai. Sebaik setelah dia meninggalkan kedai gunting, dia melihat seorang laki-laki di jalan dengan rambut panjang, kotor dan janggut yang tidak dirapi. Dia nampak kotor dan tidak terurus.
Pelanggan berpatah balik dan masuk ke kedai gunting lagi dan dia berkata kepada tukang gunting "Kamu tahu, di dunia ini tukang gunting juga tidak ada".
"Bagaimana kau boleh mengatakan begitu" tanya si tukang gunting terkejut. "Aku di sini, dan aku adalah seorang tukang gunting. Dan aku telah menggunting rambut dan merapikan janggut kamu!"
"Tidak!" jawab si pelanggan, "Tukang gunting tidak ada kerana jika mereka ada, tidak akan ada orang dengan rambut panjang yang kotor dan janggut tidak dirapi, seperti orang luar sana".
"Ah, hakikatnya tukang gunting ada, masalahnya orang itu tidak datang kepadaku".
"Tepat!" tegas si pelanggan. "Itu jugalah dengan kewujudan ALLAH! ALLAH sentiasa ada! Apa yang terjadi, adalah, orang tidak pergi kepada-NYA dan tidak mencari-NYA. Itulah sebabnya mengapa ada begitu banyak rasa sakit dan penderitaan di dunia".
Dari itu saudara-saudaraku jangan sesekali kita rasakan bahawa ALLAH itu tidak pernah ada, ALLAH Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang sentiasa ada untuk kita, dan sentiasa menjaga kita. Masalah hanya timbul dari kita sendiri yang sentiasa menjauhkan diri dari ALLAH Pelindung sekalian alam. Ingatlah ALLAH sentiasa dekat dengan kita seandainya kita dekat dengan ALLAH, namun seandainya kita jauh dari ALLAH, ALLAH akan lebih jauh dari kita.
No comments:
Post a Comment