Saturday, February 6, 2010

KITA SEBENARNYA!!!

Kita sebenarnya...

Lebih teruja menyambut 1 Januari setiap tahun
Berbanding 1 Muharram


Lebih tahu apa itu 14 Februari
Berbanding 12 Rabiul Awwal


Lebih bergembira bila tiba hari Sabtu dan Ahad
Berbanding hari Jumaat


Lebih khusyuk dan menjiwai bila mendengar lagu
Berbanding tika mendengar azan


Lebih suka, lepak, tidur, menonton TV
Berbanding solat dan mengaji Al-Qur'an


Lebih mengenali artis-artis pujaan serta gosip terkini tentang mereka
Berbanding tentang Rasul-rasul ALLAH yang mulia serta sirah hidup mereka


Lebih gemar mengucapkan hello, hi, morning
Berbanding memberi salam yang pastinya memberi pahala tambahan


Lebih asyik menyanyi pelbagai rentak lagu
Berbanding berzikir dan bertahmid memuji Penguasa Semesta Alam


Lebih suka memuji sesama manusia
Berbanding Pencipta kita sendiri


Lebih suka membaca majalah hiburan dan portal gossip
Berbanding buku-buku agama dan bahan ilmiah


Lebih suka ke konsert hiburan dan pusat-pusat karaoke
Berbanding majlis-majlis ilmu dan ceramah agama


Lebih suka mengumpat, memaki dan menceritakan keburukkan orang
Berbanding memuji kebaikkan mereka


Lebih suka mencarut &*#$#$!!!
Berbanding menyebut Masya-ALLAH


Lebih suka berbuat kemungkaran
Berbanding membuat amal kebaikkan


Lebih berbangga dengan kejahilan kita
Berbanding bersyukur dengan keimanan kita


Lebih cintakan dunia
Berbanding akhirat


Namun bila ditanya ke manakah tujuan kita??? Sudah pasti kita akan menjawab bahawa...


Kita sebenarnya lebih suka menuju ke syurga ALLAH berbanding neraka...


Hakikatnya, layakkah kita untuk syurga ALLAH....


Sebagai peringatan diri ini dan saudara-saudara ku...
Kata bijak pandai, "Hindari diri dari berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, bimbang nanti kita tidak merasa benci terhadap maksiat..."

4 comments:

  1. betol tu..
    sgt besyukur dpt tau pasal blog ni..
    byk info.
    nak lebih info fasal program kendalian anda, ye?


    wasalam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Terima kasih atas komentar yang diberikan...

    InsyaALLAH dalam minggu ini juga kami akan meletakkan informasi terkini mengenai program anjuran kami...

    Buat masa ini kami sedang sibuk dengan persiapan untuk kelas bimbingan yang dijadualkan bermula bulan Mac nanti...

    ReplyDelete
  3. kelas bimbingan?
    boleh saya taw lebih lanjut?
    sama ke dgn program kem motivasi yg biasa u all kendalikan?

    terima kasih di atas keperihatinan anda.

    wasalam

    ReplyDelete
  4. Kelas bimbingan yg sy maksudkan bukanlah kem motivasi anjuran pihak kami... ianya merupakan "tuition class" cuma kami panggil sbg kelas bimbingan...

    ia akan diadakan di Taman eri Gombak... pihak kami masih di peringkat perbincangan terakhir dengan pihak penganjur...

    insyaALLAH kami akan umukan mengenai kelas tersebut... sbg permulaan kami hanya tumpukan kepada pelajar sekolah rendah... kelas tersebut akan bermula pada bulan Mac...

    wassalam

    ReplyDelete