Selepas membaca posting yang diletak rakan Pengurus, Kak Reen minggu lepas, saya berusaha mencari maklumat penting di laman sesawang berkaitan parenting. Maklumlah bidang pengkhususan saya lebih tertumpu kepada motivasi remaja. Saya belum lagi punya pengalaman menjadi bapa. Jadi mana mungkin saya mampu menyelami perasaan apatah lagi permasalahan ibu bapa.
Dalam saya menggodak godek beberapa laman sesawang, saya amat tertarik hati dengan satu kisah yang dipaparkan. Lantas teringat saya kes-kes keruntuhan moral dalam masyarakat kita pada hari ini. Di mana kes rogol, sumbang mahram dan sebagainya semakin berleluasa.
Masih saya teringat lagi di mana saya membantu rakan setugas dalam satu kes rogol yang membabitkan remaja 14 tahun yang dirogol secara berkumpulan oleh 13 orang lelaki termasuk remaja bawah umur. Mengendalikan kes tersebut merupakan pengalaman yang agak ngeri bagi saya, ia tidaklah sengeri mengendalikan kes bunuh. Saya tertanya-tanya apakah sebabnya manusia semakin hilang sifat kemanusiaan dan kewarasan?
Mari kita baca dan seterusnya merenung dan memikirkan langkah penyelesaian yang konstruktif serta komprehensif bagi masalah ini. Kisah benar yang berlaku di sebuah nursery. Terkedu tika saya membaca kisah ini. Marah tak mampu saya zahirkan. Cuma sedih yang teramat sangat menguasai hati...
Nini (bukan nama sebenar) bekerja di pusat asuhan elit yang kebanyakkannya didiami oleh orang Melayu. Kanak-kanak yang ditempatkan di sana terdiri dari anak-anak golongan bijak pandai dan tentunya berada. Pusat asuhannya bagus, sistematik dan disiplin amat dititik beratkan. Lebih bagus lagi, majikan Nini menerapkan nilai-nilai pendidikan Islam sedari kanak-kanak ini kecil lagi.
Terdapat kira-kira 50 orang kanak-kanak yang terdiri dari bayi hingga ke pra-sekolah di pusat tersebut. Semuanya berjalan lancar tanpa masalah. Sehinggalah pada satu hari pusat tersebut menerima kehadiran ahli baru. Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun. Daniel (bukan nama sebenar) seorang yang sangat comel dan mewarisi ketampanan ayahnya. Di pusat itu juga terdapat seorang kanak-kanak perempuan Norish (bukan nama sebenar) berusia 3 tahun yang juga comel dan cantik.
Sejak hari pertama Daniel kelihatan tertarik untuk berkawan dengan Norish. Ke mana Norish pergi ke situ jugalah Daniel mengekorinya. apapun aktiviti yang dilakukan oleh Norish, Daniel pasti akan turut sama.
Di pusat asuhan itu, bayi akan ditempatkan dalam satu bilik. Manakala kanak-kanak lelaki dan perempuan diletakkan dalam dua bilik berasingan. Selepas makan tengah hari, mereka semua diarahkan tidur. Pastinya di bilik masing-masing.
Pada satu hari, Nini memeriksa setiap bilik untuk memastikan tiada masalah. Nini terkejut bila mendapati Daniel duduk di tepi Norish yang sedang tidur sambil mengusap-usap pipi Norish. Nini segera mendapatkan Daniel dan memujuknya untuk ke bilik kanak-kanak lelaki dan tidur.
Esoknya semasa aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra dengan Norish. Dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar perkara biasa bagi kanak-kanak untuk meluahkan rasa sayang. Tiada apa yang menghairankan kerana kita juga mencium dan dicium kanak-kanak.
Tengah hari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan berbaring di sebelahnya. daniel terlelap sambil tangannya memeluk Norish. Bila dikejutkan oleh Nini, Daniel menangis dan tidak mahu ke bilik kanak-kanak lelaki.
Satu hari kebetulan ibu bapa Norish lewat menjemputnya. Norish bermain-main, dan seperti biasa Daniel tetap setia menemaninya. Namun kelakuan Daniel agak berlebihan kali ini. Dia memeluk, membelai dan mencium Norish. Nini seperti biasa menegah dan meleraikan pelukan itu.
Namun satu hari merupakan kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini. Kebetulan hari itu hujan, maka tiada aktiviti bermain di luar. Semua kanak-kanak bermain di dalam rumah. Namun Nini tidak melihat kelibat Daniel mahupun Norish. Puas dicari serata pelosok rumah, namun mereka berdua tetap tidak kelihatan.
Akhirnya Nini hampir pengsan bila menemukan Daniel dan Norish dalam bilik stor belakang. Daniel duduk melutut depan Norish sambil mencium perut Norish. Daniel sudah tidak berpakaian. Begitu juga dengan Norish hanya berseluar dalam sahaja.
Nini menjerit kegeraman, diangkatnya Daniel dan dipaksa mengenakan semula pakaian. Nini kemudian mengenakan semula pakaian Norish yang mula menangis (mungkin kerana ketakutan akibat dijerit oleh Nini).
Di bilik pengetua pusat asuhan, keadaan tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak sedemikian. Jawapan yang diberikan amat mengejutkan.
"Papa buat mama boleh. Papa kata itu cara kita nak tunjukkan sayang. Kalau kita sayang kita buatlah macam tu".
Ibu dan ayah Daniel segera dipanggil. Pada mulanya mereka menafikan perkara itu. Namun setelah Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel terhadap Norish, ibu Daniel terkejut dan menangis. Beliau mengatakan bahawa ini bukanlah pusat asuhan pertama Daniel dihantar. Perkara yang sama pernah berlaku di pusat-pusat asuhan sebelum ini. Dan ini merupakan pusat asuhan ke-3 mereka hantar Daniel.
Secara diplomasi pengetua menyarankan agar Daniel dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan. Namun ayah Daniel agak ego dan sombong. Beliau tidak mahu menerima teguran dan saranan pengetua. Beliau tetap menegaskan bahawa tiada apa yang salah dengan perbuatan Daniel.
Tetapi ibu Daniel dalam esakkan tangisnya, mengakui bahawa Daniel telah beberapa kali terlihat mereka suami isteri melakukan hubungan intim. Pada awalnya mereka merasa kekok. Namun lama-kelamaan mereka merasakan tiada apa yang perlu dirisaukan memandangkan Daniel masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.
Namun rupa-rupanya perkara tersebut telah merosakkan jiwa Daniel. Apatah lagi dengan penjelasan yang salah dari si ayah.
Ayah Daniel marah dengan tindakan isterinya. Beliau memutuskan untuk menukar Daniel ke pusat asuhan yang lain.
Kembali kepada perbincangan kita.
Membaca kisah ini sememangnya mengerikan. Bagaimanakah nasib Daniel seterusnya sekiranya tidak dirawat di peringkat awal? Keegoan si ayah sememangnya amat cliche. Salahkah seorang ayah mengakui kesilapannya? Lantaran keegoan si ayah, amat pasti si anak akan terus rosak. Di sini si ibu perlu memainkan peranan memandangkan beliau sudah menyedari kesilapannya dan suami.
Dalam Islam sendiri telah digariskan adab sopan sesama mahram. Aurat sesama mahram tetap ada walaupun ia tidak seketat aurat terhadap bukan mahram. Hatta anak-anak tidak boleh sewenang-wenangnya memasuki bilik ibu bapa tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu. Ibu bapa juga perlu menjaga batas kemesraan di hadapan anak-anak. Tidak salah bermesra sesama di hadapan anak-anak, namun ianya janganlah berlebihan sehingga menimbulkan masalah seperti yang dialami Daniel.
Ibu bapa juga perlu bersedia memberi penerangan yang betul terhadap setiap persoalan yang diajukan anak-anak. Jangan ambil langkah escapism. Mungkin bapa Daniel ingin melarikan diri dari menjawab soalan Daniel. Namun perkara ini akan lebih menjejaskan pemikiran si anak, kerana merasakan perbuatan itu tidak salah.
Sebagai ibu bapa juga perlulah berfikiran terbuka dan bersedia untuk dikritik untuk kebaikkan bersama. Sekiranya sudah jelas si anak ada masalah bersegeralah mendapatkan rawatan dan jalan penyelesaian.
Anak-anak sekarang bukan lagi seperti anak-anak dahulu. Bukan seperti zaman kita dibesarkan. Anak-anak sekarang sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat selaras dengan kemajuan teknologi terkini. Jadi renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku. Marilah kita bersama berdoa agar kisah Daniel ini tidak berulang. InsyaALLAH.
Di dalam hadis riwayat Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Abu Daud,dan Imam At-Turmuzi dinyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telahpun bersabda yang maksudnya:
ReplyDelete"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lainnya,demikian jugalah wanita juga tidak boleh melihat aurat wanita yang lainnya juga.Tidak boleh 2 orang lelaki berada(tidur) di dalam 1 selimut,demikian jugalah bagi wanita dilarang berbuat yang demikiannya".
Para alim ulama’ mazhab mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang cukup berbeza-beza mengenai had serta batas-batas aurat lelaki.Sama ada melihat atau di lihat oleh orang lainnya.
Bagi pendapat dan pandangan hukum Imam Hanafi dan Imam Hambali "lelaki diwajibkan untuk menutupi auratnya di antara pusat hinggalah melebihi paras lutut daripada dilihat oleh lelaki atau wanita yang bukan mahramnya kecualilah kepada isterinya.Isteri boleh(harus) melihat aurat suaminya,kecuali pada kemaluannya dan demikian jugalah bagi suami kepada isterinya.Ini adalah kerana hukum suami isteri melihat kemaluan masing-masing adalah makhruh hukumnya.
Manakala bagi pendapat dan pandangan hukum menurut Imam Maliki dan Imam Shafie; "Aurat kaum lelaki ada 2 keadaan.
(1).Auratnya dengan sesama lelaki dan wanita yang mahram dengannya.
(2).Auratnya dengan wanita yang bukan mahram dengannya.
Keadaannya dengan golongan yang pertama,iaitu dengan lelaki dan wanita yang mahram dengannya adalah di antara atas pusat hinggalah melebihi paras lutut sahaja.
Manakala dengan golongan yang ke 2,iaitu sesama dengan wanita yang bukan mahram dengannya adalah seluruh badannya itu aurat bagi mereka.Ertinya di sini adalah seluruh tubuhnya adalah dilarang untuk di lihat oleh kaum wanita yang bukan mahramnya.
Kecuali bagi Imam Maliki yang membolehkan hujung-hujung aurat lelaki boleh di lihat oleh wanita yang bukan mahramnya apabila aman daripada fitnah.Sementara Imam Syafie mengharamkan melihat dengan mata.
(Rujuk kepada kitab Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib Al-Arba’ah)
untuk mengetahui lebih lanjut tentang permasalahan aurat sila rujuk http://www.angelfire.com/journal/suluk/aurat.html
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya pon ada pengalaman mcm tu... tapi tak bermakna mak ayah saya mmg projek dpn saya. masa tu saya pon kecik lagi... so tido dalam bilik mak ayah la....saya tidur kat bawah...
satu malam tu saya terjaga and dengar bunyi lain macam sikit, saya ingat mak saya sakit ke... xtau kan waktu tu... sok saya pi cerita kat jiran.. balik terus kena marah...
bila pikir balik sekarang ni, lawak lak.
baca kisah ni membuatkan saya teringat peristiwa tu dan sentiasa beringat bila nak belayar...
terima kasih buat Kak Ani yang cadangkan saya blog ni...mmg byk info la. tapi info program kendalian tri angle vision learning centre mcm xbanyak je. lebih pada dakwah je. ini komen peribadi saya la coz sy dpt tahu ada byk program yang bagus anda anjurkan.
wassalam.
Waalaikumsalam Puan Rahila...
ReplyDeleteTerima kasih atas komentar yang diberikan... Kami akan berusaha memberi lebih banyak info tentang program kendalian pihak kami...