Friday, September 25, 2009

IKHLAS DAN BAHAYA RIYA'

“Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang hijrahnya karena untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang hijrahi”. (HR. Al-Bukhari: 1).

Berkata Abdurrahman bin Mahdi, “Kalau seandainya aku menulis sebuah kitab yang terdiri atas bab-bab maka aku akan menjadikan hadits Umar bin Al-Khattab yaitu hadits Al A’maalu bin Niyyaat di setiap bab” (Jami’ul Ulum 1/8).

Imam Asy-Syafi’i berkata, “Hadits ini adalah sepertiga ilmu” (Jami’ul ‘Ulum 1/9).

Imam Ahmad berkata, “Pokok-pokok Islam ada tiga hadits, hadits Umar rodiallahu’anhu, ”Hanya saja amal-amal itu berdasarkan niatnya”, hadits ‘Aisyah rodiallahu’anha, Barangsiapa yang berbuat perkara-perkara yang baru dalam agama ini yang bukan dari agama maka ia tertolak” dan hadits Nu’man bin Basyir rodiallahu’anhu ”Yang halal jelas dan yang haram jelas”. (Jami’ul ‘Ulum 1/9).

Sesungguhnya pembahasan tentang ikhlas adalah pembahasan yang sangat penting yang berkaitan dengan agama Islam yang hanif (lurus) ini, hal dikarenakan tauhid adalah inti dan poros dari agama dan Allah tidaklah menerima kecuali yang murni diserahkan untukNya sebagaimana firman Allah, “Hanyalah bagi Allah agama yang murni”. (QS. Az-Zumar : 3).

Maka perkara apa saja yang merupakan perkara agama Allah jika hanya diserahkan kepada Allah maka Allah akan menerimanya, adapun jika diserahkan kepada Allah dan juga diserahkan kepada selain Allah (siapapun juga ia) maka Allah tidak akan menerimanya, karena Allah tidak menerima amalan yang diserikatkan, Dia hanyalah meneriman amalan agama yang kholis (murni) untukNya. Allah akan menolak dan mengembalikan amalan tersebut kepada pelakunya bahkan Allah memerintahkannya untuk mengambil pahala (ganjaran) amalannya tersebut kepada yang dia syarikatkan, hal ini sebagaimana disabdakan oleh Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam, yang artinya:

Allah berfirman “Aku adalah yang paling tidak butuh kepada syarikat, maka barangsiapa yang beramal suatu amalan untuku lantas ia mensyerikatkan amalannya tersebut (juga) kepada selainku maka Aku berlepas diri darinya dan ia untuk yang dia syarikatkan” (HR. Ibnu Majah 2/1405 no. 4202, dan ia adalah hadits yang shahih, sebagaimana perkataan Syaikh Abdul Malik Ar-Romadhoni, adapun lafal Imam Muslim (4/2289 no 2985) adalah, “aku tinggalkan dia dan ksyirikannya”).

Berkata Syaikh Sholeh Alu Syaikh, “Lafal ‘amalan’ disini adalah nakiroh dalam konteks kalimat syart maka memberi faedah keumuman sehingga mencakup seluruh jenis amalan kebaikan baik amalan badan, amalan harta. Maupun amalan yang mengandung amalan badan dan amalan harta (seperti haji dan jihad)”. (At-Tamhid hal. 40)

(To be continued...)

Friday, September 18, 2009

PENGUMUMAN

Assalamualaikum warahmatullah,

Kepada ibu-ibu, ayah-ayah & adik-adik yang dikasihi sekalian.

Kami dari pihak Tri Angle Vision Learning Centre memohon jutaan kemaafan kerana jarang mengemaskinikan blog ini. Bermula dari selepas cuti Aidil Fitri nanti pihak kami akan mengemaskinikan blog ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Buat santapan rohani kita semua, pada setiap Jumaat pihak kami akan memberikan tazkirah. Tazkirah yang bakal kami sajikan di sini adalah peringatan-peringatan yang sangat mudah difahami oleh setiap golongan, terutamanya adik-adik yang menjadi golongan sasaran pihak kami.

Sebagai permulaan pihak kami akan mengupas secara terperinci mengenai Prinsip Lima Cinta, iaitu: -

1. Cinta Kepada ALLAH SWT;
2. Cinta Kepada Rasul;
3. Cinta Kepada Ibu Bapa;
4. Cinta Kepada Ummah; dan
5. Cinta Kepada Kecemerlangan

Sekiranya para ibu-ibu, ayah-ayah & adik-adik mempunyai sebarang peringatan untuk dikongsi bersama bolehlah emelkan kepada kami di tri_angle_vision@yahoo.com.

Semoga ALLAH merahmati kita semua.

Salam sayang,
Pihak Pengurusan Tri Angle Vision Learning Centre
(Pusat Pembangunan Sahsiah & Kecemerlangan Remaja)

Sunday, September 6, 2009

SALAM TAKZIAH


"DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita dikembalikan"


Salam takziah diucapkan kepada Fasilitator TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE, CIK NAZLIN AZMAN dan keluarga di atas kembalinya ke Rahmatullah nenda tersayang. Semoga diampunkan dosa-dosa arwah dan moga-moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman... AL-FATIHAH!

Ikhlas dari,

Pihak Pengurusan

TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE