Friday, October 30, 2009

HATI BERKARAT MENINGGALKAN ZIKIR


Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang walaupun banyak masalah hidup


ORANG dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu giat berusaha sepanjang langkah usianya untuk bertaqarub kepada Allah kerana didorong rasa cinta mendalam terhadap-Nya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang itu sentiasa rindu pada-Nya.

Ibarat seorang anak muda sedang mabuk asmara, selalu terkenang-kenang si buah hatinya. Orang yang beriman, ingatannya tetap bergetar tulus kepada-Nya tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.

Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: "Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?"

Inilah gambaran orang beriman, yakin percaya kepada Allah dan menginsafi diri tidak lebih sebagai seorang hamba sangat lemah yang selama ini menerima nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.

Hal ini menepati firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)

Kebanyakan masyarakat faham zikir hanya kata-kata yang dilafazkan saban kali habis menunaikan solat fardu, solat sunat atau membisik doa ketika ingin makan, memulakan sesuatu kerja yang baik, terjaga dan tidur serta bersin.

Padahal hakikat zikir kepada Allah sebenarnya tidak tertentu kepada zikir lisan semata-mata seperti mana ditegaskan Al-Imam An-Nawawi, bahawa zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, takbir dan lain-lain zikir lisan, mereka yang bekerja kerana Allah juga orang yang berzikir kepada Allah.

Pendapat beliau disokong Basri Ibrahim Al-Azhari dalam bukunya Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir, bahawa setiap orang yang taat kepada Allah, mengikut segala diperintahkan dan meninggalkan dilarang oleh-Nya dikira sebagai orang yang berzikir.

Zikir terbahagi kepada tiga bahagian iaitu zikir hati, lidah dan anggota. Zikir hati memikirkan keagungan dan kebesaran Allah di bumi, langit dan seluruh kejadian makhluk-Nya. Zikir lidah pula melantunkan puji-puji kepada Allah, mensyukuri nikmat kurniaan-Nya, menyeru masyarakat ke arah ajaran Islam, menerangkan kebaikan syarak, menjelaskan hikmah pada perintah dan larangan Allah, memberi nasihat kepada sesama Islam.

Sementara zikir anggota pula menggunakan anggota badan untuk melakukan amalan ketaatan, sama ada dalam bentuk melakukan segala suruhan atau meninggalkan segala larangan Allah.

Orang yang lupa atau lalai kepada Allah, hatinya selalu dirundung resah gelisah, tenggelam dalam kebimbangan dan sengaja meletakkan dirinya di tempat mengundang kemurkaan Allah lantaran tidak rasa bersalah terhadap kemungkaran dilakukan.

Lupa kepada Allah menandakan hati seseorang itu sudah berkarat dengan sifat mazmumah yang sangat keji. Orang beriman tidak akan membiarkan hatinya berkarat dan penuh dengan kekotoran, ia akan sentiasa menggilap hatinya dengan berzikir kepada Allah.

Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: "Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih."

Sesungguhnya seseorang yang lalai daripada mengingati Allah bermakna dirinya dihinggapi penyakit sombong, lupa asal kejadian diri sebagai makhluk lemah yang diciptakan semata-mata supaya mengabdikan diri kepada-Nya dan mewarisi sifat orang munafik.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan, apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan, tidaklah mereka menyebut Allah, kecuali sedikit sekali." (Surah an-Nisa, ayat 142)

Setiap mukmin sewajarnya menjadikan zikir sebagai sesuatu yang tidak terpisah daripada kehidupan seharian kerana banyak keistimewaan bakal diterima oleh orang yang sentiasa berzikir.

Kitab Tanbih al-Ghafilin menyatakan lima kelebihan dan faedah berzikir, iaitu mendapat keredaan Allah, menambahkan kesungguhan melaksanakan ketaatan, terkawal daripada hasutan syaitan, melembutkan hati dan mencegah daripada melakukan maksiat.

Orang yang memperbanyakkan zikir, dosanya akan diampuni sekali gus mendapat ganjaran pahala besar seperti firman yang bermaksud: "Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Aku sudah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Orang yang selalu ingat kepada Allah jiwanya menjadi bening dan tenang, sekalipun sedang menghadapi banyak permasalahan hidup, ujian, musibah dan seumpamanya. Firman Allah yang bermaksud: "Ingatnya, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." (Surah al-Ra'ad, ayat 28)

Sesungguhnya dengan selalu ingat kepada Allah, akhlak diri menjadi indah dan menarik, sekali gus menjadi cermin bagusnya nilai ajaran Islam dan hebatnya orang mukmin pada mata orang bukan Islam seperti pernah ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jangan jadikan sibuk dengan urusan kehidupan di dunia sebagai alasan lupa kepada Allah. Sungguh Allah melarang keras seseorang memiliki sifat lalai seperti ditegaskan firman yang bermaksud: "Janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." (Surah al-A'raf, ayat 205)

Wednesday, October 28, 2009

LUAHAN SEORANG ANAK

Di sini, pihak pengurusan ingin berkongsi luahan seorang anak yang menghantar email kepada kami bagi meminta nasihat dan pandangan. Bukan niat kami untuk membuka aib tetapi sebagai pengajaran kepada kita semua terutama ibu-ibu/ayah-ayah/adik-adik yang sudah menjadi sebahagian dari keluarga TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE.... Insya-Allah!



Assalamualaikum. .

Saya anak sulung dari 7 adik beradik dan sudah pun berumah tangga...
baru-baru ni ibu bagitau pasal ayah tengking dia sebab ibu nak mintak duit belanja..
buat pengetahuan sekalian ayah dan ibu berkongsi perniagaan menjual lauk pauk...setiap hari keuntungan di bahagi sama rata..tapi masalahnya semua perbelanjaan di rumah ibu yang kena tanggung...ayah langsung tak ambil peduli pasal tanggungjawab dia pada keluarga...sampaika n ibu tak dapat menyimpan..sedangka n ayah tiap-tiap minggu simpan duit kat bank..
walaupun ayah sudah tua(64)tapi hasil pendapatan dia sepatutnya kena la belanja untuk keluarga...kee disebabkan dia dah tua..dia tak payah bagi duit belanja...bukannnya nak mintak byk pun ..ikut kemampuan jeee...semua nie bermula sejak saya berhenti kerja 3 bulan lepas..sebelum nie saya hantar rm400 sebulan ke ibu untuk perbelanjaan sekeluarga.. .dapatla meringankan beban cket...itu satu hal..
lagi hal pasal adik saya yang sorang ni duduk ngan saya masih belajar di tingkatan 5..
sejak dia kat cni..ayah xambil berat pun pasal duit belanja ke...saya tak kisah kalau masih bekerja..
hal lain pulak..pasal ayah tak tegas mendidik kami dalam hal agama..dia menjaga solat 5 waktu sejak saya kecil..tapi. .ibu,dan adik beradik lain kadang-kadang je sembahyang.. ibu sembahyang malam jumaat dan hari jumaat jee.. risau sangat kalau pikirkan masalah keluarga saya ni..ayah tegas dalam bermacam hal..tapi bab agama dia tal ambil kisah pun,,,seingat saya..sejak saya kecil ayah atau ibu tak pernah pun ajar atau pun suruh sembahyang.. .namun kami tetap bersyukur kerana ayah hantar kami ke sekolah dan mendapat pendidikan agama..

Ya Allah ku mohon petunjuk dan hidayah mu buat kami semua...aminn. .

apa patut saya lakukan..?

Anak Sulung,
Siti Faiza Lakibul <*************@ yahoo.com. my>

Monday, October 26, 2009

CARA MUDAH BERUCAP DI KHALAYAK

Di hadapan khalayak, Fairuz berdiri kaku. Wajahnya pucat lesi. Tangannya menggeletar memegang kertas yang mengandungi teks untuk ucapannya pada hari itu. Entah bagai ada yang tidak kena, perutnya terasa memulas dan hatinya berdebar-debar. Peluh dingin memercik keluar dari tapak tangan dan dahinya. Fairuz mengeluarkan sapu tangan dari kocek dan ditekapkan pada dahinya. Titik-titik peluh baru muncul semula.

Dia mencuba untuk menenangkan perasaannya yang gugup. Hadirin masih lagi menanti dengan sabar tetapi tertanya-tanya sebab Fairuz masih belum memulakan ucapannya. Fikirannya buntu. Sudah berkali-kali Fairuz membaca teks ucapannya pada malam sebelumnya tetapi semuanya bagaikan sudah hilang. Dia tidak lagi ingat apa-apa. Fairuz tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Patutkah dia melarikan diri? Tidak! Peristiwa inisungguh memalukan. Dia tidak pernah menyangka bahawa nasibnya pada hari tersebut sebegitu malang.


Bab 1 : PENDAHULUAN

Adakah ibu-ibu/ayah-ayah/adik-adik pernah mengalami keadaan seperti Fairuz? Jika pernah, jangan bimbang kerana anda tidak keseorangan. Banyak individu di luar sana yang petah berkata-kata apabila bercakap dengan rakan taulan, tetapi jika disuruh bercakap di hadapan khalayak, sepatah perkataan pun tidak mampu hendak diucapkan.

Memang benar, banyak cerdik pandai yang ternama dan terkenal, yang nampak berkeyakinan dan petah bercakap tiba-tiba menjadi bisu dan lidah mereka kelu tidak terkata apabila menghadapi hadirin yang ramai. Kebolehan seseorang itu bercakap di hadapan khalayak sangat penting kerana kebolehan itu melambangkan imej mereka. Kebolehan berpidato lazimnya dikaitkan dengan golongan politik tetapi tidak dapat dinafikan bahawa kerjaya lain seperti guru, pensyarah, ejen pemasaran dan sebagainya juga perlu mempunyai kebolehan ini. Kerja seharian menuntut mereka berinteraksi dengan pelbagai pihak dan selalunya melibatkan lebih daripada seorang pendengar. Kegagalan untuk mempengaruhi pelanggan supaya membeli produk yang dipromosikan misalnya, akan menjejaskan pendapatan dan karier mereka.

Bagi golongan yang menjalankan perniagaan sendiri, kemahiran berkomunikasi sangat penting agar dapat mempengaruhi pelanggan untuk membeli produk tersebut ataupun tidak. Secara profesional, golongan ini harus berkemahiran berkomunikasi untuk memasarkan produk dengan cara yang berkesan kerana selain pengiklanan, pembentangan latar belakang produk (presentation) secara audio dan visual juga memberikan kesan yang positif terhadap penjualan produk. Kajian menunjukkan bahawa jualan melalui ejen yang mempromosikan secara terus kepada pengguna adalah lebih tinggi daripada jualan yang didapati daripada pengiklanan.

Buku ini bertujuan untuk memberikan petunjuk tentang cara untuk menyedia dan menyampaikan ucapan, mengembangkan informasi yang ada, memikat pendengar untuk terus mendengar ucapan anda, menambah unsur-unsur lain dalam ucapan secara impromtu dan sebagainya. Buku ini juga akan membincangkan gerak-geri tubuh dan cara untuk menjadikan ucapan anda menarik dan akan terus diingati oleh setiap pendengar.

Selain itu, anda juga akan diberikan tips cara untuk mengingati keseluruhan teks ucapan anda tanpa menghafal. Sudah pasti agak sukar bagi seseorang untuk menghafal berkajang-kajang ucapan dalam tempoh masa yang singkat.


Bab 2 : TUJUH ASPEK PENYAMPIAN YANG DINAMIK

Ada tujuh aspek yang harus dikuasai oleh seorang penceramah apabila menyediakan dan menyampaikan sesuatu pembentangan. Seorang penceramah yang efektif mampu untuk menguasai ketujuh-tujuh perkara tersebut dalam masa yang sama. Kegagalan untuk memberikan tumpuan kepada kesemua aspek ini akan mengakibatkan kegagalan sesuatu pem-bentangan. Kegagalan untuk memberikan tumpuan kepada kesemua aspek ini juga akan mengakibatkan pembentangan terjejas dengan teruk sehingga memberikan kesan kepada kredibiliti dan reputasi seseorang penceramah.
Aspek-aspek ini ialah: -

1. Penceramah
2. Mesej yang disampaikan
3. Hadirin
4. Saluran
5. Maklum balas
6. Bunyi bising
7. Setting/susun atur tempat


2.1 Penceramah

Salah satu daripada komponen utama sesuatu pembentangan atau ucapan ialah penceramah itu sendiri. Kebanyakan penceramah lupa bahawa mereka lebih penting daripada alat visual lain yang ada. Mereka terdorong untuk menyediakan alat bantuan visual yang canggih sehingga terlupa bahawa semua itu hanyalah merupakan bantuan kepada mereka semata-mata.

Terdapat tiga faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa memilih penceramah, iaitu:
(a) Tahap motivasi semasa memberikan ucapan/ceramah
(b) Kredibiliti sebagai seorang penceramah dan personalitinya
(c) Stail penyampaian dan bercakap


2.1.1 Tahap motivasi

Pendekatan untuk menilai tahap motivasi seseorang penceramah boleh dilakukan dengan mengambil kira dua faktor yang berikut:
Sama ada imbuhan peribadi (contoh: wang) atau imbuhan tidak langsung (kepuasan dalam membantu orang lain) terlibat.

Sama ada imbuhan segera (mendapat wang hari ini) ataupun imbuhan tertunggak (sebagai contoh, mendapat ijazah selepas empat tahun belajar di kolej) mempengaruhi.

Kesimpulannya, seseorang penceramah itu mesti mempunyai tahap motivasi yang didorong oleh salah satu atau kedua-dua faktor di atas. Sebelum anda membuat penyampaian, anda harus tahu jenis motivasi anda sendiri.


2.1.2 Kredibiliti penceramah dan personalitinya

Idea seseorang penceramah diterima dan dipercayai oleh pendengar hanya jika reputasi penceramah tersebut adalah baik. Kredibiliti seseorang penceramah bergantung pada kejujuran, kecekapan dan niat baik yang ada pada dirinya. Penceramah yang berdisiplin dan mampu menguruskan diri dengan baik dianggap sebagai berkebolehan. Begitu juga dengan penceramah yang menarik dan dinamik akan dilihat sebagai mempunyai kredibiliti yang tinggi berbanding dengan penceramah yang tidak mempunyai nilai-nilai ini.

Sebenarnya, faktor yang paling penting yang ada pada diri seseorang penceramah ialah sikap mereka sendiri.

Faktor personaliti juga penting. Walaupun definisinya agak kabur, faktor ini menonjolkan penampilan keseluruhan seseorang individu; kelakuan, pengalaman, kesungguhan, pemikiran dan segala yang merangkumi aspek-aspek kehidupannya.

Personaliti seseorang banyak bergantung pada faktor genetik. Hal ini ditentukan sebelum lahir dan kemudiannya dipengaruhi oleh persekitaran. Oleh sebab itu, kadang-kadang kita lihat perangai seseorang sangat sukar untuk diubah. Namun, bagi individu yang mempunyai personaliti yang menarik, perkara ini akan kekal sebegitu sehingga dipengaruhi oleh faktor lain. Penceramah yang mempuyai personaliti yang menarik akan menjadi pilihan mungkin kerana faktor mudah didekati yang ada pada dirinya.


2.1.3 Penyampaian

Cara sesuatu mesej itu disampaikan sepatutnya seiring dengan objektif ucapan itu sendiri. Walaupun sesuatu ucapan itu telah ditulis dengan baik tetapi cara penyampaian yang lemah akan menyebabkan ucapan tersebut hilang keberkesanannya.

Friday, October 23, 2009

YANG DINAMAKAN "ORANG ISLAM"

Hadith :
Daripada Anas r.a katanya : “ Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sesiapa mengerjakan solat kita dan menghadap kiblat kita serta memakan penyembelihan kita maka dia adalah orang Islam.”
(al-Bukhari dan an-Nasa’i)

Huraian

Sebagai orang Islam, tanpa mengira kaum atau keturunan, tidak ada halangan bagi kita untuk saling mengamalkan cara hidup dan kebudayaan masing-masing asalkan tidak bercanggah dengan kehendak syariat. Kita masih menjadi saudara dengan orang Islam lain di mana juga mereka berada. Semua perbezaan sama ada berkenaan politik, ekonomi, sosial atau peribadi tidak menjadikan mana-mana pihak tidak Islam. Maka pada hari Raya contohnya kita boleh bersalaman dengan hati yang bersih daripada segala sangkaan yang buruk terhadap saudara seagama kita. Malah perpaduan dan kerjasama antara kita orang Islam di Malaysia, dan juga antara kita dengan orang Islam lain di seluruh dunia menjadi lebih penting di zaman globalisasi ini. Jika kita tidak berjaga-jaga, kita mungkin dijajah semula. Ingatlah bahawa tidak ada sesuatu yang disuruh oleh Islam yang tidak akan membawa kebaikan, nikmat dan keuntungan kepada umat Islam.

Sunday, October 18, 2009

HAPPY BIRTHDAY



SELAMAT HARI LAHIR diucapkan kepada FASILITATOR TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE, CIK NAZLIN AZMAN. Semoga apa yang diimpikan menjadikan kenyataan. INSYA-ALLAH!



Ikhlas dari,
Pihak Pengurusan
TRI ANGLE VISION

Friday, October 16, 2009

IKHLAS DAN BAHAYA RIYA' (Sambungan)

Syuhroh (Populariti)
Ketenaran (populariti) memang mahal harganya. Betapa banyak orang yang rela mengorbankan banyak harta benda hanya karena untuk memperoleh ketenaran. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh para penyanyi, ataupun para bintang film. Mereka selalu berusaha tampil beda agar bisa menarik perhatian umat dunia. Bahkan ada yang rela untuk melakukan hal-hal yang aneh dan yang diharamkan oleh Allah hanya untuk memperoleh popularitas (sebagaimana penulis membaca pengakuan seorang wanita yang rela untuk berfoto setengah telanjang -bukan setengah lagi, tapi 90%, karena hanya tersisa beberapa utas benang atau secarik kain yang menutupi tubuhnya, “awas jangan dibayangkan! !”-, padalah dia hanya dibayar sangat rendah. Dia mengaku bahwasanya semua itu agar dia menjadi tenar. Na’udzu billahi min dzalik), yang toh setelah perjuangan dan pengorbanannya tersebut dia belum tentu tersohor. Kalaupun terkenal, toh belum tentu bertahan lama. Namun bagaimanapun popularitas merupakan sesuatu impian yang didambakan oleh banyak manusia (kafir maupun muslim).

Sebagaimana yang kita saksikan sekarang ini. Hampir seluruh keanehan-keanehan yang dilakukan oleh manusia sesungguhnya dikarenakan cinta popularitas. Kita lihat ada orang yang mengecet rambutnya bewarna warni, ada yang kepalanya setengah gundul dan setengahnya rambutnya panjang hingga bahunya dan dicat hijau (sebagaimana yang pernah dilihat oleh Syaikh Abdur Rozaq), ada yang rambutnya cuma ditengah saja panjang adapun sisanya gundul (sebagaimana penulis pernah lihat seorang dari tanah air yang model cukurannya seperti itu padahal dia lagi umroh), ada yang dipotong seperti warna macan tutul (botak gundul, botak gundul), ada yang tengahnya gundul dan kanan kiri kepalanya ada rambutnya, ada yang seluruh kepalanya gundul namun tersisia satu pelintiran yang panjang sekali, dan model-model yang lainnya yang banyak sekali dan aneh-aneh. Ini, padahal baru masalah rambut, belum masalah telinga, hiasan leher, apalagi model pakaian. Yang semua ini hanyalah dilakukan demi ketenaran. Demi Allah, seandainya salah mereka itu tinggal di hutan yang tidak ada manusianya sama sekali kecuali dia sendiri, dan dia hanya berteman binatang dan pepohonan, demi Allah dia tidak akan melakukan hal-hal aneh yang telah dia lakukan, karena tidak ada manusia yang memperhatikannya. Kalau dia tetap aneh juga maka dia akan terkenal diantara para hewan. Populariti merupakan kenikmatan dunia yang mahal harganya.

Penyakit cinta ketenaran ternyata tidak hanya menimpa orang awam saja yang tidak mengetahui perkara-perkara agama, namun juga menjangkiti para ahli ibadah dan para penuntut ilmu syar’i. Walaupun memang bentuknya berbeda, namun hakekatnya sama adalah cinta popularitas. Ahli ibadah juga pingin kesungguhannya dalam beribadah diketahui oleh para ahli ibadah yang lain, ahli ilmu pun ingin orang lain tahu bahwasanya dia adalah seorang yang pandai, sehingga akhirnya martabatnya tinggi dihadapan manusia. Penyakit inilah yang dalam kamus agama disebut penyakit riya’ (pingin dilihat orang) dan sum’ah (pingin didengar orang).

Manusia begitu bersemangat untuk menutupi kejelekan-kejelekan mereka, mereka tutup sebisa mungkin, kejelekan sekecil apapun, dibungkus rapat jangan sampai ketahuan. Hal ini dikarenakan mereka menginginkan mendapatkan kehormatan dimata manusia. Dengan terungkapnya kejelekan yang ada pada mereka maka akan turun kedudukan mereka di mata manusia. Seandainya mereka juga menutupi kebaikan-kebaikan mereka, -sekecil apapun kebaikan itu, jangan sampai ada yang tahu, siapapun orangnya (saudaranya, sahabat karibnya, guru-gurunya, anak-anaknya, bahkan istrinya) tidak ada yang mengetahui kebaikannya- , tentunya mereka akan mencapai martabat mukhlisin (orang-orang yang ikhlas). Mereka berusaha sekuat mungkin agar yang hanya mengetahui kebaikan-kebaikan yang telah mereka lakukan hanyalah Allah. Karena mereka hanya mengharapkan kedudukan di sisi Allah. Berkata Abu Hazim Salamah bin Dinar “Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan kejelekan-kejelekan mu.” (Berkata Syaikh Abdul Malik Romadhoni , “Diriwayatkan oleh Al-Fasawi dalam Al-Ma’rifah wa At-Tarikh (1/679), dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah (3/240), dan Ibnu ‘Asakir dalam tarikh Dimasyq (22/68), dan sanadnya sohih”. Lihat Sittu Duror hal. 45).

Dalam riwayat yang lain yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman no 6500 beliau berkata, “Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagiamana engkau menyembunyikan keburukan-keburukan mu, dan janganlah engkau kagum dengan amalan-amalanmu, sesungguhnya engkau tidak tahu apakah engkau termasuk orang yang celaka (masuk neraka) atau orang yang bahagia (masuk surga)”.

Berkata Syaikh Abdul Malik, “Namun mengapa kita tidak melaksanakan wasiat Abu Hazim ini?? Kenapa??, hal ini menunjukan bahwa keikhlasan belum sampai ke dalam hati kita sebagaimana yang dikehendaki Allah” (Dari ceramah beliau yang berjuduk ikhlas).

Oleh karena itu banyak para imam salaf yang benci ketenaran. Mereka senang kalau nama mereka tidak disebut-sebut oleh manusia. Mereka senang kalau tidak ada yang mengenal mereka. Hal ini demi untuk menjaga keihlasan mereka, dan karena mereka kawatir hati mereka terfitnah tatkala mendengar pujian manusia.

Berkata Hammad bin Zaid: “Saya pernah berjalan bersama Ayyub (As-Sikhtyani) , maka diapun membawaku ke jalan-jalan cabang (selain jalan umum yang sering dilewati manusia-pen) , saya heran kok dia bisa tahu jalan-jalan cabang tersebut ?! (ternyata dia melewati jalan-jalan kecil yang tidak dilewati orang banyak) karena takut manusia (mengenalnya dan) mengatakan, “Ini Ayyub” (Berkata Syaikh Abdul Malik Romadhoni: “Diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad (7/249), dan Al-Fasawi dalam Al-Ma’rifah wa At-Tarikh (2/232), dan sanadnya shahih.” (Sittu Duror hal 46)).

Berkata Imam Ahmad: “Aku ingin tinggal di jalan-jalan di sela-sela gunung-gunung yang ada di Mekah hingga aku tidak dikenal. Aku ditimpa musibah ketenaran”. (As-Siyar 11/210).

Tatkala sampai berita kepada Imam Ahmad bahwasanya manusia mendoakannya dia berkata: “Aku berharap semoga hal ini bukanlah istidroj”. (As-Siyar 11/211).

Imam Ahmad juga pernah berkata tatkala tahu bahwa manusia mendoakan beliau: “Aku mohon kepada Allah agar tidak menjadikan kita termasuk orang-orang yang riya”. (As-Siyar 11/211).

Pernah Imam Ahmad mengatakan kepada salah seorang muridnya (yang bernama Abu Bakar) tatkala sampai kepadanya kabar bahwa manusia memujinya: “Wahai Abu Bakar, jika seseorang mengetahui (aib-aib) dirinya maka tidak bermanfaat baginya pujian manusia”. (As-Siyar 11/211).

Berkata Hammad, “Pernah Ayyub membawaku ke jalan yang lebih jauh, maka akupun perkata padanya, “Jalan yang ini yang lebih dekat”, maka Ayyub menjawab: ”Saya menghindari majelis-majelis manusia (menghindari keramaian manusia-pen)”. Dan Ayyub jika memberi salam kepada manusia, mereka menjawab salamnya lebih dari kalau mereka menjawab salam selain Ayyub. Maka Ayyub berkata: ”Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa saya tidaklah menginginkan hal ini !, Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa saya tidaklah menginginkan hal ini!.” Berkata Syaikh Abdul Malik: ”Diriwayatkan oleh Ibnu Sa’d (7/248) dan Al-Fasawi (2/239), dan sanadnya shahih”. (Sittu Duror hal 47).

Berkata Abu Zur’ah Yahya bin Abi ‘Amr, “Ad-Dlohhak bin Qois keluar bersama manusia untuk sholat istisqo (sholat untuk minta hujan), namun hujan tak kunjung datang, dan mereka tidak melihat adanya awan. Maka beliau berkata: ”Dimana Yazid bin Al-Aswad?” (Dalam riwayat yang lain: Maka tidak seorangpun yang menjawabnya, kemudian dia berkata: ”Dimana Yazid bin Al-Aswad?, Aku tegaskan padanya jika dia mendengar perkataanku ini hendaknya dia berdiri”), maka berkata Yazid :”Saya di sini!”, berkata Ad-Dlohhak: ”Berdirilah!, mintalah kepada Allah agar menurunkan hujan bagi kami!”. Maka Yazid pun berdiri dan menundukan kepalanya diantara dua bahunya, dan menyingsingkan lengan banjunya lalu berdoa: ”Ya Allah, sesungguhnya para hambaMu memintaku untuk berdoa kepadaMu”. Lalu tidaklah dia berdoa kecuali tiga kali kecuali langsung turunlah hujan yang deras sekali, hingga hampir saja mereka tenggelam karenanya. Kemudian dia berkata: ”Ya Allah, sesungguhnya hal ini telah membuatku menjadi tersohor, maka istirahatkanlah aku dari ketenaran ini”, dan tidak berselang lama yaitu seminggu kemudian diapun meninggal.” Lihat takhrij kisah ini secara terperinci dalam buku Sittu Duror karya Syaikh Abdul Malik Romadloni hal. 47.

Lihatlah wahai saudaraku, bagaimana Yazid Al-Aswad merasa tidak tentram dengan ketenarannya bahkan dia meminta kepada Allah agar mencabut nyawanya agar terhindar dari ketenarannya. Ketenaran di mata Yazid adalah sebuah penyakit yang berbahaya, yang dia harus menghindarinya walaupun dengan meninggalkan dunia ini. Allahu Akbar.. !inilah akhlak salaf (Berkata Guru kami Syaikh Abdul Qoyyum, “Adapun orang-orang yang memerintahkan para pengikutnya atau rela para pengikutnya mencium tangannya lalu ia berkata bahwa ia adalah wali Allah maka ia adalah dajjal”). Namun banyak orang yang terbalik, mereka malah menjadikan ketenaran merupakan kenikmatan yang sungguh nikmat sehingga mereka berusaha untuk meraihnya dengan berbagai macm cara.

Dari Abu Hamzah Ats-Tsumali, beliau berkata: ”Ali bin Husain memikul sekarung roti diatas pundaknya pada malam hari untuk dia sedekahkan, dan dia berkata, ”Sesungguhnya sedekah dengan tersembunyi memadamkan kemarahan Allah”. Ini merupakan hadits yang marfu’ dari Nabi, yang diriwayatkan dari banyak sahabat, seperti Abdullah bin Ja’far, Abu Sa’id Al-Khudri, Ibnu “Abbas, Ibnu Ma’ud, Ummu Salamah, Abu Umamah, Mu’awiyah bin Haidah, dan Anas bin Malik. Berkata Syaikh Al-Albani: ”Kesimpulannya hadits ini dengan jalannya yang banyak serta syawahidnya adalah hadits yang shahih, tidak diragukan lagi. Bahkan termasuk hadits mutawatir menurut sebagian ahli hadits muta’akhirin” (As-Shohihah 4/539, hadits no. 1908).

Dan dari ‘Amr bin Tsabit berkata, ”Tatkala Ali bin Husain meninggal mereka memandikan mayatnya lalu mereka melihat bekas hitam pada pundaknya, lalu mereka bertanya: ”Apa ini”, lalu dijawab: ”Beliau selalu memikul berkarung-karung tepung pada malam hari untuk diberikan kepada faqir miskin yang ada di Madinah”.

Berkata Ibnu ‘Aisyah: ”Ayahku berkata kepadaku: ”Saya mendengar penduduk Madinah berkata: ”Kami tidak pernah kehilangan sedekah yang tersembunyi hingga meninggalnya Ali bin Husain” Lihat ketiga atsar tersebut dalam Sifatus Sofwah (2/96), Aina Nahnu hal. 9.

Lihatlah bagaimana Ali bin Husain menyembunyikan amalannya hingga penduduk Madinah tidak ada yang tahu, mereka baru tahu tatkala beliau meninggal karena sedekah yang biasanya mereka terima di malam hari berhenti, dan mereka juga menemukan tanda hitam di pundak beliau.

Seseorang bertanya pada Tamim Ad-Dari ”Bagaimana sholat malam engkau”, maka marahlah Tamim, sangat marah, kemudian berkata, “Demi Allah, satu rakaat saja sholatku ditengah malam, tanpa diketahui (orang lain), lebih aku sukai daripada aku sholat semalam penuh kemudian aku ceritakan pada manusia” (Dinukil dari kitab Az- Zuhud, Imam Ahmad).

Tidak seorangpun diantara kita yang meragukan akan kesungguhan para sahabat dalam beribadah. Namun walaupun demikian, mereka tidaklah ujub, atau memamerkan amalan mereka kapada manusia, jauh sekali dengan kita. Adapun sebagian kita (atau sebagian besar, atau seluruhnya (kecuali yang dirahmati oleh Allah), Allahu Al-Musta’an, sudah amalannya sedikit, namun diceritakan kemana-mana (Bahkan kalau bisa orang sedunia mengetahuinya) . Ada yang berkata, ”Dakwah saya disana…, disini…”, ada juga yang berkata,”Yang menghadiri majelis saya jumlahnya sekian dan sekian…” (padahal kalau dihitung belum tentu sebanyak yang disebutkan, atau memang benar yang hadir majelisnya banyak tetapi tidak selalu. Terkadang yang hadir dalam sebagian majelisnya cuma sedikit, namun tidak dia ceritakan, atau yang hadir banyak tapi pada ngantuk semua, juga tidak dia ceritakan. Pokoknya dia ingin gambarkan pada manusia bahwa dia adalah da’i favorit), ada yang berkata, “Saya sudah baca kitab ini, kitab itu.. hal ini sebagaimana termuat dalam kitab ini atau kitab itu…”(padahal belum tentu satu kitabpun dia baca dari awal hingga akhir, atau bahkan belum tentu dia baca sama sekali secara langsung kitab itu. Namun dia ingin gambarkan pada manusia bahwa mutola’ahnya banyak, agar mereka tahu bahwa dia adalah orang yang berilmu dan gemar membaca). Yang mendorong ini semua adalah karena keinginan mendapat penghargaan dan penghormatan dari manusia.

Lihatlah Tamim Ad-Dari tidak membuka pintu yang bisa mengantarkannya terjatuh dalam riya, sehingga dia tidak mau menjawab orang yang bertanya tentang ibadahnya. Namun sebaliknya, sebagian kaum muslimin sekarang justru menjadikan kesempatan pertanyaan seperti itu untuk bisa menceritakan seluruh ibadahnya, bahkan menanti-nanti untuk ditanya tentang ibadahnya, atau dakwahnya, atau perkara yang lainnya.

Ayyub As-Sikhtiyani sholat sepanjang malam, dan jika menjelang fajar maka dia kembali untuk berbaring di tempat tidurnya. Dan jika telah terbit fajar maka diapun mengangkat suaranya seakan-akan dia baru saja bangun pada saat itu. (Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah 3/8).

Berkata Muhammad bin A’yun, ”Aku bersama Abdullah bin Mubarok dalam peperangan di negeri Rum. Tatkala kami selesai sholat isya’ Ibnul Mubarok pun merebahkan kepalanya untuk menampakkan padaku bahwa dia sudah tertidur. Maka akupun –bersama tombakku yang ada ditanganku- menggenggam tombakku dan meletakkan kepalaku diatas tombak tersebut, seakan-akan aku juga sudah tertidur. Maka Ibnul Mubarok menyangka bahwa aku sudah tertidur, maka diapun bangun diam-diam agar tidak ada sorangpun dari pasukan yang mendengarnya lalu sholat malam hingga terbit fajar. Dan tatkala telah terbit fajar maka diapun datang untuk membagunkan aku karena dia menyangka aku tidur, seraya berkata “Ya Muhammad bangunlah!”, Akupun berkata: ”Sesungguhnya aku tidak tidur”. Tatkala Ibnul Mubarok mendengar hal ini dan mengetahui bahwa aku telah melihat sholat malamnya maka semenjak itu aku tidak pernah melihatnya lagi berbicara denganku. Dan tidak pernah juga ramah padaku pada setiap peperangannya. Seakan-akan dia tidak suka tatkala mengetahui bahwa aku mengetahui sholat malamnya itu, dan hal itu selalu nampak di wajahnya hingga beliau wafat. Aku tidak pernah melihat orang yang lebih menymbunyikan kebaikan-kebaikanny a daripada Ibnul Mubarok” (Al-Jarh wa At-Ta’dil, Ibnu Abi Hatim 1/266).

(To be continued...)

Tuesday, October 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY



SELAMAT HARI LAHIR diucapkan kepada GURU DAN FASILITATOR TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE, CIK FARAH HUSSAN SAHIB. Semoga apa yang diimpikan menjadikan kenyataan. INSYA-ALLAH!



Ikhlas dari,
Pihak Pengurusan
TRI ANGLE VISION

Friday, October 9, 2009

IKHLAS DAN BAHAYA RIYA' (Sambungan)

Definisi ikhlas menurut istilah syar’i (secara terminologi)
Syaikh Abdul Malik menjelaskan, Para ulama bervariasi dalam mendefinisikan ikhlas namun hakikat dari definisi-definisi mereka adalah sama. Diantara mereka ada yang mendefenisikan bahwa ikhlas adalah “menjadikan tujuan hanyalah untuk Allah tatkala beribadah”, yaitu jika engkau sedang beribadah maka hatimu dan wajahmu engkau arahkan kepada Allah bukan kepada manusia. Ada yang mengatakan juga bahwa ikhlas adalah “membersihkan amalan dari komentar manusia”, yaitu jika engkau sedang melakukan suatu amalan tertentu maka engkau membersihkan dirimu dari memperhatikan manusia untuk mengetahui apakah perkataan (komentar) mereka tentang perbuatanmu itu. Cukuplah Allah saja yang memperhatikan amalan kebajikanmu itu bahwasanya engkau ikhlas dalam amalanmu itu untukNya. Dan inilah yang seharusnya yang diperhatikan oleh setiap muslim, hendaknya ia tidak menjadikan perhatiannya kepada perkataan manusia sehingga aktivitasnya tergantung dengan komentar manusia, namun hendaknya ia menjadikan perhatiannya kepada Robb manusia, karena yang jadi patokan adalah keridhoan Allah kepadamu (meskipun manusia tidak meridhoimu).

Ada juga mengatakan bahwa ikhlas adalah “samanya amalan-amalan seorang hamba antara yang nampak dengan yang ada di batin”, adapun riya’ yaitu dzohir (amalan yang nampak) dari seorang hamba lebih baik daripada batinnya dan ikhlas yang benar (dan ini derajat yang lebih tinggi dari ikhlas yang pertama) yaitu batin seseoang lebih baik daripada dzohirnya, yaitu engkau menampakkan sikap baik dihadapan manusia adalah karena kebaikan hatimu, maka sebagaimana engkau menghiasi amalan dzohirmu dihadapan manusia maka hendaknya engkaupun menghiasi hatimu dihadapan Robbmu.

Ada juga yang mengatakan bahwa ikhlas adalah, “melupakan pandangan manusia dengan selalu memandang kepada Allah”, yaitu engkau lupa bahwasanya orang-orang memperhatikanmu karena engkau selalu memandang kepada Allah, yaitu seakan-akan engkau melihat Allah yaitu sebagaimana sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam tentang ihsan “Engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya dan jika engkau tidak melihatNya maka sesungguhnya Ia melihatmu”. Barangsiapa yang berhias dihadapan manusia dengan apa yang tidak ia miliki (dzohirnya tidak sesuai dengan batinnya) maka ia jatuh dari pandangan Allah, dan barangsiapa yang jatuh dari pandangan Allah maka apalagi yang bermanfaat baginya? Oleh karena itu hendaknya setiap orang takut jangan sampai ia jatuh dari pandangan Allah karena jika engkau jatuh dari pandangan Allah maka Allah tidak akan perduli denganmu dimanakah engkau akan binasa, jika Allah meninggalkan engkau dan menjadikan engkau bersandar kepada dirimu sendiri atau kepada makhluk maka berarti engkau telah bersandar kepada sesuatu yang lemah, dan terlepas darimu pertolongan Allah, dan tentunya balasan Allah pada hari akhirat lebih keras dan lebih pedih. (Dari ceramah beliau yang berjudul ikhlas. Definisi-definisi ini sebagaimana juga yang disampaikan oleh Ahmad Farid dalam kitabnya “Tazkiyatun Nufus” hal. 13).

Berkata Syaikh Abdul Malik, “Ikhlas itu bukan hanya terbatas pada urusan amalan-amalan ibadah bahkan ia juga berkaitan dengan dakwah kepada Allah. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam saja (tetap) diperintahkan oleh Allah untuk ikhlas dalam dakwahnya”.

Katakanlah, “Inilah jalanku (agamaku). Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Mahasuci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” (QS. Yusuf: 108).

Yaitu dakwah hanyalah kepada Allah bukan kepada yang lainnya, dan dakwah yang membuahkan keberhasilan adalah dakwah yang dibangun karena untuk mencari wajah Allah. Aku memperingatkan kalian jangan sampai ada diantara kita dan kalian orang-orang yang senang jika dikatakan bahwa kampung mereka adalah kampung sunnah, senang jika masjid-masjid mereka disebut dengan masjid-masjid ahlus sunnah, atau masjid mereka adalah masjid yang pertama yang menghidupkan sunnah ini dan sunnah itu, atau masjid pertama yang menghadirkan para masyayikh salafiyyin dalam rangka mengalahkan selain mereka, namun terkadang mereka tidak sadar bahwa amalan mereka hancur dan rusak padahal mereka menyangka bahwa mereka telah berbuat yang sebaik-baiknya. Dan ini adalah musibah yang sangat menyedihkan yaitu syaitan menggelincirkan seseorang sedikit-demi sedikit hingga terjatuh ke dalam jurang sedang ia menyangka bahwa ia sedang berada pada keadaan yang sebaik-baiknya. Betapa banyak masjid yang aku lihat yang Allah menghancurkan amalannya padahal dulu jemaahnya dzohirnya berada di atas sunnah karena disebabkan rusaknya batin mereka, dan sebab berlomba-lombanya mereka untuk dikatakan bahwa jemaah masjid adalah yang pertama kali berada di atas sunnah, hendaknya kalian berhati-hati…” (Dari ceramah beliau yang berjudul ikhlas).

(To be continued...)

Friday, October 2, 2009

IKHLAS DAN BAHAYA RIYA' (Sambungan)

Definisi ikhlas menurut etimologi (menurut peletakan bahasa)
Ikhlas menurut bahasa adalah sesuatu yang murni yang tidak tercampur dengan hal-hal yang bisa mencampurinya. Dikatakan bahwa “madu itu murni” jika sama sekali tidak tercampur dengan campuran dari luar, dan dikatakan “harta ini adalah murni untukmu” maksudnya adalah tidak ada seorangpun yang bersyarikat bersamamu dalam memiliki harta ini. Hal ini sebagaimana firman Allah tentang wanita yang menghadiahkan dirinya untuk Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam,

Dan perempuan mu’min yang menyerahkan dirinya kepada Nabi kalau Nabi mau mengawininya, sebagai pengkhususan bagimu, bukan untuk semua orang mu’min. (QS. Al Ahzaab: 50).

Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. (QS. An Nahl: 66).

Maka tatkala mereka berputus asa daripada (putusan) Yusuf mereka menyendiri sambil berunding dengan berbisik-bisik. Berkatalah yang tertua diantara mereka: “Tidakkah kamu ketahui bahwa sesungguhnya ayahmu telah mengambil janji dari kamu dengan nama Allah dan sebelum itu kamu telah menyia-nyiakan Yusuf. Sebab itu aku tidak akan meninggalkan negeri Mesir, sampai ayahku mengizinkan kepadaku (untuk kembali), atau Allah memberi keputusan terhadapku. Dan Dia adalah hakim yang sebaik-baiknya”. (QS. Yusuf: 80). Yaitu para saudara Yusuf menyendiri untuk saling berbicara diantara mereka tanpa ada orang lain yang menyertai pembicaraan mereka.

(To be continued...)