Friday, November 27, 2009

RAHSIA DI SEBALIK SOLAT




ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR

Assalammu'alaikum ! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam, bacalah email ini dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Beliau merupakan seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan ALLAH! Sekiranya seseorang itu tidak menunaikan solat, maka otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh ALLAH dengan agama-NYA yang indah ini."

Subhanallah...


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Diucapkan selamat menyambut Aidil Adha kepada semua terutama fasilitator-fasilitator TAV, adik-adik, ibu-ibu dan ayah-ayah yg telah menjadi sebahagian dari keluarga TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE.

Semoga kita dapat terus meneladani dan menghidupkan roh amalan korban dalam hayat kita sepertimana yang telah dijiwai oleh Nabi Ibrahim a.s. serta anaknya Nabi Ismail a.s... Amin.



Bagi adik-adik yang sedang menghadapi SPM, teruskan perjuangan... berkorban demi kebanggaan ibu dan ayah....





Ikhlas,

Pihak Pengurusan

TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE

Thursday, November 26, 2009

CARA TOLAK LAMARAN ORANG - STUDENT VERSION





Bismillah..

Assalamualaikum wrt...

Salam kasih sayang buat semua...

Lama tak menulis...dah tulis..tapi tak publish...menanti masa yang sesuai..ya, kadangkala untuk menyebut atau membincangkan satu2 perkara kena tengok masa yang sesuai..Bahkan, ada sesetengah perkara perlukan kekuatan diri untuk kita menyebutnya..takut mengundang kemurkaan Allah bila kita menyebut sesuatu yang tidak kita amalkan...wal`iadzubillah..Banyak hal yang berlaku akhir2 ini dalam hidup. Belum mampu lagi mentafsir hikmah Allah terhadap segala yang berlaku ini. Mungkin semakin tebal hijab diri kami ini dengan Penciptanya.

(Ya Allah..kami mohon belas kasihMu..kami ingin sentiasa dekat denganMu..kami ingin terus mendampingiMu..terimalah taubat kami Ya Allah)

Asasnya..tak semua hal kita mampu ungkapkan kepada orang lain bahkan orang yang paling dekat dengan kita..kadangkala bila terpaksa juga diungkapkan (hurmm..) 'kaedah'nya mungkin menyakitkan hati! haha.. tak faham? sapa pernah alami die akan faham.. kan? kan?

Kisahnye....

TTI ANGLE VISION LEARNING CENTRE banyak buat Seminar Pecutan Terakhir lately. Maklumlah.. dah masuk musim exam.. sebelum terlupa, Abg-abg & Kakak-kakak nak ucapkan :

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN BUAT SEMUA ADIK2 KAMI..KAMI SENTIASA DOAKAN ADIK2 SEMUA..EACH ONE OF U!

Jadi bila kami banyak program, macam biasa la, banyak la mesej2 yang abg-abg & kakak-kakak terima..(yang paling tak tahan asyik tanya khabar..pagi sekali, ptg sekali lagi, lepas solat sekali..Gudmorning & Gudnyte tu wajib!Aduyai!)..

Antara yang paling banyak kami terima adalah soalan berkenaan dengan hal-hal couple..(hurmm...mcm tau2 plak!)..Ada soalan2 yang membina..Tapi mcm biase pasti terselit jugak soalan2 nak escape, nak menghalalkan perbuatan bercouple dan yang negatif..

Abg-abg dan Kakak-kakak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang memang bertekad dah tak nak couple. Kami tau, memang sakit..kami faham, percayalah..memang sakit sangat2..kita rasa terlalu sakit sebab yang sedang menderita itu adalah NAFSU..cara ata€si : PASTIKAN HATI DIKAWAL AKAL, BUKAN NAFSU LAGI>>BIAR NAFSU MENURUT AKAL

Kami tak mau la cerita panjang soalan-soalan yang ditanya kepada kami.. Kami nak kongsi satu je soalan yang agak laen dari laen : "Kak Reen, mcmana saya nak tolak orang yang nak couple dengan saya secara baik? Saya ada sedikit kelebihan rupa paras sampai saya jadi tak senang bila selalu sangat diusik.Kawan2 ingat saya suka bila selalu diusik..huhu..selalu mcm2 timbul bila saya tolak lamaran pelajar lelaki kat sekolah.saya xsuka dimusuhi"



Time adik ni mesej, KAK REEN (Penyelaras Program TAVLC) dah tido (hehe)..so dalam 'kelaklokan' tu Kak Reen gagahi reply jugak mesej die. Memang susah nak buat bagi orang tak kecik hati bila jadi macam ni. Namun, kalau kita bijak, situasi ini mampu kita tukar kepada dakwah kita kepada rakan kita yang 'melamar' ni. Tujuan : supaya dia faham, sekarang bukan masanya..fokus kepada tanggungjawab untuk menjadi anak dan pelajar yang baik..Lagipun apa la gunanya kan? Bukan boleh kawen lagi pun..hurmmm...Bahkan benda ni akan ganggu study.Yang paling penting awasi tiap perkataan yang keluar dari apa yang cuba kita sampaikan, takut dia salah faham. Jangan buat dia rasa ditolak. Ingat! Lelaki ada ego sendiri. Dari mana? Nafsu lah! Sebab tu kita pernah baca ada yang sanggup menyihir dan lebih dahsyat membunuh bila 'cinta ditolak'. Mak pun selalu pesan : CARI KAWAN RAMAI2...JANGAN CARI MUSUH!

Lebih elok kita cakap : "Saya bukan tak suka awak. Cuma saya rasa belum sampai masanya saya nak bercouple. Saya ada impian untuk buat mama dan papa saya bahagia dengan apa yang saya kecapi dalam hidup. Jadi, segala apa yang saya lakukan sekarang memang untuk mama dan papa saya. Saya taknak komit dengan 'orang' lain sebelum saya mampu bahagiakan dua orang yang paling berjasa dalam hidup saya ni. Satu hari nanti, kalau tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, saya akan beri komitmen saya untuk bakal keluarga saya..insyaAllah..saya takkan menolak kalau SIAPA yang Allah tentukan untuk saya itu adalah awak."

Jawapan spontan Kak Reen ni (ermmm....) dari pengalaman orang lain dan Kak Reen sendiri.. Kak Reen pun tengah menelaah buku (yang POWER!) tulisan Pahrol Juoi, TENTANG CINTA..selanjutnya tentang couple Kak Reen akan kongsi lepas Kak Reen habis baca buku tu..mungkin entry berkenaan ringkasan yang mampu Kak Reen buat dari buku tersebut..insyaALLAH..

Kalau sape2 ada pendapat laen, atau nak bagi pendapat ttg ape yang dah kami kongsikan dengan adik ni, dipersilakan...takut jugak salah kan!hehe...

Akhirnya, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

p/s : Kami SAAAAAAYANG adik-adik semua.... Adik-adik lah adik-adik kami dunia & akhirat! Because we are the BEST BEST BEST!!!!!

Monday, November 23, 2009

Menangislah Kerana Allah



BINGKISAN KHAS:

Buat mereka yang sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Serta buat semua ummah yang pernah terlupa...

PERKARA: MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH

Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:

“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...”

Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”

Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”

Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”

Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”

Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”

Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.

Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”

Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”

Rasulullah saw bersabda:

“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.

“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”

Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”

Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”

Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.

Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”

Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat. Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:

“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”

Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”

Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.

Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”

Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”

*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.

Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia; menangis kerana cinta manusia, menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta yang semu. Cinta! Cinta! Cinta duniawi.

Istighfarlah! Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.

Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung; Allah sedang menantimu di pintu taubatNya. Pulanglah padaNya... dan menangislah untukNya. Menangis untuk menangih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya. Kerana Allah swt telah berfirman:

“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah...” (Al-Hasyr: 19)

Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu...

Saturday, November 21, 2009

PEPERIKSAAN…OOO…. PEPERIKSAAN

“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”

Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.

Friday, November 20, 2009

GANJARAN BESAR ATAS PERBUATAN SEKECIL-KECIL HAMA




Assalamualaikum saudara-saudara Islamku,

Apabila seseorang hamba ALLAH s.w.t. mengucapkan LaillahaillALLAH maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy ALLAH s.w.t. dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy.

Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy ALLAH s.w.t. memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap ALLAH s.w.t. menceritakan kejadian itu. Maka ALLAH s.w.t. memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam.

Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu "wahai malaikat yang menjaga Arasy ALLAH s.w.t., kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu "Jika ALLAH s.w.t. ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah LailahaillALLAH sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu "baiklah aku akan sampaikan kepada ALLAH s.w.t.".

Beredarlah malaikat dan menyembah ALLAH s.w.t. dan disampaikan permintaan tadi kepada ALLAH s.w.t.. Maka ALLAH s.w.t. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa ALLAH s.w.t. telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy ALLAH s.w.t. sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap LailahaillALLAH s.w.t. tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh ALLAH s.w.t. itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh ALLAH s.w.t. maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci ALLAH s.w.t. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



MasyaALLAH... begitu besar ganjaran kepada sesiapa yang beriman kepada TUHAN MAHA SUCI....

Monday, November 16, 2009

Terima Keputusan 5A UPSR Depan Jenazah Ibu

Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama

Thursday, November 12, 2009

TAWARAN HEBAT!!! 5 SYARAT UNTUK LAKUKAN MAKSIAT!!!



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "JIKA KAMU MENERIMA 5 SYARAT INI DAN MAMPU MELAKSANAKANNYA, MAKA KAMU BEBAS MELAKUKAN MAKSIAT SEMAHU HATI KAMU".

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat Pertama, jika kamu bermaksiat kepada ALLAH, jangan kamu memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu dia mengerutkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki ALLAH?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya. Masih mampukah memakan rezekinya? Sedangkan kamu selalu berkeinginan membuat larangan-NYA? "

"Yang Kedua" kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-NYA!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, Apakah kamu layak memakan rezeki-NYA dan tinggal di bumi-NYA, sedangkan kamu melakukan segala larangan-NYA?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.

Ibrahim menjawab, "Yang Ketiga. Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-NYA!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin ALLAH tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Yang Keempat. Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan ALLAH?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Yang Kelima. Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada ALLAH." katanya sambil terisak-isak.

Friday, November 6, 2009

LARANGAN MELEPAK


Dari Thalhah r.a. katanya: Pada suatu ketika, kami sedang duduk-duduk dan bercakap-cakap di jalanan. Rasulullah SAW mendatangi kami seraya bersabda, “Apa kerja kalian duduk-duduk di jalanan? Jauhilah duduk-duduk di jalanan!” Jawab kami, “Kami hanya sekadar duduk-duduk dan bercakap-cakap.” Sabda baginda, “Kalau begitu, bayar hak jalanan iaitu picingkan mata, jawab salam dan berbicaralah yang berguna (baik)!” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Sai’d Al-Khudri r.a. dari Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!” Jawab para sahabat, “Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu.” Sabda Rasulullah SAW, “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.” Mereka bertanya, “Apa haknya, ya Rasulullah?” Jawab baginda, “Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.”(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian

Mengikut Kamus Dewan, melepak memberi makna tentang satu tabiat yang negatif di kalangan masyarakat seperti di kalangan remaja dan dewasa yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. Pada peringkat awalnya kegiatan ini merupakan budaya yang dilakukan oleh kutu-kutu jalanan.

Melepak yang bertujuan untuk kebaikan seperti untuk berbual tentang perkara yang bermanfaat adalah dibenarkan dalam Islam tetapi mestilah tidak sampai menghalang orang yang lalu-lalang dan membuat sesuatu yang menyakitkan masyarakat sekeliling seperti membuat bising, mengata-ngata orang, mengusik dan sebagainya kerana sedemikian sudah terkeluar daripada adab-adab dalam bersosial.




Setiap muslim seharusnya menjauhi perbuatan yang melalaikan kerana Islam amat membenci perkara yang menggambarkan sikap orang yang suka membuang masa.